PENGENALAN
Duhai
Food Industries atau lebih
dikenali Arab Sos Sedap merupakan
sebuah syarikat 100% Bumiputera berdaftar yang memfokuskan kepada bidang
membekal produk pengeluaran makanan adalah sasaran utama perniagaan. Hampir
keseluruhan tenaga pekerjanya mempunyai pengalaman dari bahagian memproses
bahan mentah hingga ke bahagian pemasaran.
Duhai Food Industries juga
adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama syarikat Duhai Food Industries.
Duhai
Food Industries adalah salah satu perniagaan pengeluar produk makanan islam
yang mengutamakan keperluan asas yang bersesuaian untuk semua agama dan
bangsa.Perniagaan ini adalah salah satu perniagaan yang mempunyai potensi yang
sangat tinggi kerana makanan adalah keperluan asas untuk hidup kepada manusia.
Perniagaan ini juga mempunyai keistimewaannya kerana ianya tidak memerlukan
modal yang besar dan keadaan di Bandaraya Segamat juga mempunyai taraf sara hidup
yang sederhana berbanding dengan bandaraya – bandaraya yang lain serta bahan
mentahnya juga mudah diperolehi di Segamat
ini.
Bagi Duhai Food Industries,
walaupun perniagaan ini mempunyai risiko perniagaannya yang tersendiri, namun
syarikat kami yakin perniagaan ini mempunyai peluang yang sangat cerah untuk
berkembang pesat selain daripada mengaut sedikit keuntungan.
Syarikat ini mempunyai pejabat dan tempat pemprosesan sendiri untuk mengurus dan menempatkan segala peralatan pemprosesan. Mempunyai seramai 4 orang pekerja sepenuh masa yang berpengalaman dan berdedikasi mampu untuk melicinkan operasi syarikat dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami.
Ulasan
Catat Ulasan